PENGENALAN – Keperluan terhadap tindakan beretika semakin meningkat dan semakin diberi perhatian.
Apakah makna etika, apakah yang sepatutnya berlaku sekiranya amalan etika dilakukan, bagaimana kita hendak menuju dari tindakan tidak beretika kepada tindakan beretika dan apakah yang memotivasikan kita untuk melakukan semua perkara tersebut..
Keempat empat soalan di atas boleh dilihat pada empat peringkat. Pertama, peringkat personal iaitu keadaan yang kita hadapi dalam kehidupan personal yang biasanya di luar daripada pengalaman kerja.
Kedua, peringkat organisasi, iaitu peranan yang dimainkan sebagai pengurus dalam menguruskan sesuatu pernigaan. Ketiga, peringkat industri di mana pengurus mungkindapat mempengaruhi etika perniagaan seperti mempengaruhi dalam perkhidmatan kewangan, insurans dan lain lain.
Keempat, peringkat masyarakat iaitu peringkat yang sukar untuk pengurus memberi kesan yang terus walaupun pengurus pengurus berada dalam kedudukan yang baik dalam kedudukan syarikat dan perhubungan yang konstruktif.
KELAKUAN BERETIKA VS KELAKUAN MENGIKUT PERATURAN DAN UNDANG UNDANG – Dalam memahami erti etika, kita perlu memahami istilah atau tindakan yang mungkin boleh mengakibatkan kekaburan dari segi pengunaan istilah atau tindakan yang berkaitan.
Antara dua bentuk tindakan yang boleh mengujudkan kekaburan ialah apakah yang dikatakan kelakuan beretika dan kelakuan mengikut peraturan atau undang undang..
Etika merupakan satu konsep yang berkait rapat dengan penilaian terhadap kelakuan samada sesuatu kelakuan itu dianggap betul atau salah. Melakukan perkara betul atau salah adalah tertakluk kepada interpretasi seseorang. Inilah kerana sesuatu etika yang dilakukan adalah dipengaruhi oleh kepercayaan, nilai dan kecenderungan seseorang.
Terdapat perbezaan di antara kelakuan beretika dengan kelakuan mengikut undang undang. Undang undang adalah cubaan masyarakat yang mengformalkan tahap minimum dalam kelakuan. Contohnya, kelakuan didalam perniagaan. Konsep etika pula adalah lebih kompleks daripada undang undang yang biasanya dinyatakan dengan cara bertulis, dimana ianya melankaui bahasa rasmi undang undang dan apa yang lebih jelas etika adalah lebih luas dan halus daripada undang undang.
Walaubagaimanapun, undang undang dan norma etika boleh bekerjasama untuk mencapai matlmat yang ingindiwujudkan oleh masyarakat.
KEUJUDAN MASALAH TIDAK BERETIKA DALAM PERNIAGAAN- Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti boleh menyebabkan masalah tidak beretika ujud didalam organisasi perniagaan.
Pertama, perniagaan melibatkan manusia. Ada diantara mereka yang mengikut kod kod etika yang ditetapkan dan ada juga yang tidak. Mereka yang tidak beretika ini hanya untuk menjaga kepentingan dan keuntungan diri sendiri sahaja.
Kedua, kebanyakan mereka yang terlibat di dalam perniagaan percaya mereka menyokong amalan beretika walaubagaimanapun di dalam menjalankan perniagaan, banyak faktor yang boleh mengujudkan tindakan yang tidak beretika. Contohnya tekanan yang kuat untuk mendapatkan sesuatu dalam masa yang singkat daripada mengambilkira kesan yang akan dihadapi di dalam jangkamasa panjang. Dengan mengambil jalan mudahdan cepat dalam menyelesaikan masalah masalah yang ujud berkaitan dengan etika, tidak melakukan sesuatu mengikut cara yang beretika kerana terpaksa menanggung kos yang tinggi, tidak mempunyai peraturan yang jelas dalam menangani masalah etika dan gagal menujudkan kod etika secara bertulis, mengikut kehendak pemegang pemegang saham daripada mengikut apa yang ditetapkan oleh undang undang dan penafsiran budaya yang berbeza.
Antara sebab yang membolehkan kita meningkatkan kesedaran atau memberi motivasi kepada perlunya untuk beretika perlu diketengahkan.
Antara sebab yang boleh meningkatkan motivasi untuk beretika ialah di atas kesedaran ujudnya harapan ideal di mana kita mengharap manusia akan beretika kerana secara nalurinya dengan beretika akan mengujudkan cara hidup yang lebih baik dan kita mendapat sesuatu yang terbaik.
Para usahawan pula perlu memastikan segala ringtangan di dalam menjalankan perniagaan perlu ditangani dengan cara yang beretika pada setiap masa.
Tulisan akan datang akan membincangkan secara lanjut terhadap sumber dan nilai etika dalam perniagaan,usaha usaha untuk mengatasi amalan tidak beretika dan korporat dengan tanggung jawab sosial..
Comments
Post a Comment