Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2018

SUMBER SUMBER NILAI ETIKA DALAM PERNIAGAAN

Pandangan betul atau atau salah terhadap sesuatu merupakan manifestasi nilai nilai kepercayaan untuk beretika seseorang. Pengurus atau usahawan di dalam mana mana jua masyarakat dipengaruhi oleh empat punca utama di dalam membentuk nilai nilai etika. Sumber sumber utama di dalam membentuk nilai nilai etika tersebut adalah; 1. Agama - Sumber tertua kepada nilai etika. Pengurus perngurus yang berugama Islam akan terikat dengan nilai nilai yang digariskan di dalam al-Quran dan apa yang diteladankan oleh Nabi Muhammmad S.A.W. 2. Sistem falsafah - Ia telah bermula lebih 2000 tahunyang lalu. Setiap peringkat dari masa tersebut telah bertambah hasil pemikiran baru dan semua perubahan dan pertambahan ini tidaklah diterima dengan mudah. Terdapat perbahasan anatara pemikir etika di setiap masa mengenai betul atau salahnya sesuatu tindakan yang diambil. Ahli falsafah dari Timur yang telah membuat kajian bagaimana untuk melakukan sesuatu yang baik dan mengelak daripada melakukan sesuatu yang ...

BAGAIMANA MENGURUSKAN PERNIAGAAN DENGAN BETUL

TOPIK 1- ETIKA DAN PERNIAGAAN PENGENALAN  – Keperluan terhadap tindakan beretika semakin meningkat dan semakin diberi perhatian. Apakah makna etika, apakah yang sepatutnya berlaku sekiranya amalan etika dilakukan, bagaimana kita hendak menuju dari tindakan tidak beretika kepada tindakan beretika dan apakah yang memotivasikan kita untuk melakukan semua perkara tersebut.. Keempat empat soalan di atas boleh dilihat  pada empat peringkat. Pertama, peringkat personal iaitu keadaan yang kita hadapi dalam kehidupan personal yang biasanya di luar daripada pengalaman kerja. Kedua, peringkat organisasi, iaitu peranan yang dimainkan sebagai pengurus dalam menguruskan sesuatu pernigaan. Ketiga, peringkat industri di mana pengurus mungkindapat mempengaruhi etika perniagaan seperti mempengaruhi dalam perkhidmatan kewangan, insurans dan lain lain. Keempat, peringkat masyarakat iaitu peringkat yang sukar untuk pengurus memberi kesan yang terus walaupun pengurus pengurus berada ...